Bengkel Smart ICT (Zon Serembu)

16 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Jun 2019 (Sabtu), Bengkel Smart ICT telah diadakan di Pusat Internet Skio dan turut dibantu oleh penolong pengurus daripada Pusat Internet Serasot dan Pusat Internet Bogag. Antara peserta yang menghadiri Bengkel Smart ICT tersebut adalah penghulu dan ketua-ketua kaum dari Zon Serembu.Bengkel ini dibahagikan kepada 2 sesi dimana separuh daripada ketua kaum menghadiri sesi 1 dan selebihnya menghadiri sesi yang ke 2. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membimbing para peserta cara penggunaan komputer dan pengenalan kepada asas Microsoft Word dan juga Microsoft Power Point dimana ianya akan dapat membantu para peserta cara menghasilkan surat-surat rasmi dan cara menghasilkan slides yang betul untuk memudahkan mereka melakukan pembentangan semasa mesyuarat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali